Pembaca Setia ♥

Gomenasai Anime Smiley

Saturday, 7 April 2012

Rindu Eva ♥

Assalammualaikum






Tadi malam kan, kita mesej dengan member baik kita, Eva :') Nama penuh dia Eva Natasha Ariayana Kita baru je dapat number dia, kita pun tak sangka dia nak bagi number dia dekat kita.. kita ingatkan dia marah kita lagi -,-
Banyak benda kitorang mesej malam tadi, dia kata dia kalah pertandingan Pidato, tu lah, ni lah.. Kesian beliau :p Haritu masa dia call, dia yang bagi semangat dekat kita (sebab time tu kita nak mintak "B" dengan MyBoo) Kalau kau ada sebelah aku, mesti kau lempang lempang aku kan va :')

Now dia dekat Terengganu, dia belajar dekat sana..sebab dia kata dekat KL takboleh focus kalau belajar..(YEKE?) -,- yelah kot? Budak pandai kan :D Dah abaikan soal tu, sekarang kita nak cerita yang kita rinduuuuuu dia..
Serious, rindu dia sangat! Urghh! Tahun lepas dia selalu tidur rumah kita, tidur bilik kita yang bersepah dengan baju tu :D Dia selalu test baju kita (Kau dahlah gemok! Habis baju seluar aku dah longgar!) HEHE!
selalu dia masak maggi sorang sorang dekat dapur (Kita duk tengok tv, hihi :P) Kita ingat lagi, time dia masak maggi goreng, maggi dia kering and garam tak hancur..GILA TAK SEDAP! tapi makan habis jugak :P HAHA!

Lepastu, kitorang selalu bergosip malam malam, adaaaa je benda kitorang nak bergosip.. pasal tu lah, pasal ni lah..blablablabla..~ Tapi serious BEST! Sebab Eva jenis yang akan focus kalau orang tengah bercerita, dia bagi perhatian betul (Tapi kekadang dia ada jugak buat muka simpsons -,-) Hehe :D Lepas tu kalau malam malam kitorang tak tidur, nanti papa bawak pergi minum dekat mapley.. And setiap malam dia onl, webcam dengan ex dia :) Lepas tu kalau kita menangis sebab rindu someone ke, mesti dia peluk kita and tenangkan kita.. Dia sedaya upaya bagi kita semangat.. dia tenangkan kita sampai kita tertidur :') Ya Allah, best nya masa tu..~
Bulan may ni Eva kata dia nak balik KL, Ya Allah, kita happy betul! Boleh lah hang dengan Si Pereka Fesyen tu (Eva bagus kalau pasal pakaian) -,- Haha! rindu dia rindu dia!



Akhir Kata - Evaaaaa! Aku rindu kau! Tadi malam masa mesej, kau cakap yang kau benci and dah takboleh percayakan member kita yang lagi sorang tu kan? Hmm, sabar lah va, dia tetap KAWAN kita jugak :')
Melovesyou Muhammad+Eva Natasha


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Thursday, 5 April 2012

01/ 04 /11 ♥

Assalammualaikum Stalker



Lama sudah tak post something dekat blog ni kan? Lama kan? Kan kan? (Kay sabar :P)
Kita pun tak tahu kenapa dah lama tak post something dekat blog, maybe sebab malas nak menaip kot? Yelah, bukak Facebook menaip, bukak Twitter menaip.. Sampai nak bukak blog pun rasa malas je -,- Dah lupakan pasal MALAS MENAIP TU! Now kita nak cerita time kita date kali ketiga dengan MyBoo ;)


Kali ketiga punya date ni, lain macam sikit.. Memang agak mencabar sebab kita tak pakai phone -,- So dia call number adik kita je.. Lepas tu bila dah sampai, kita salam dia apa semua, dia bagitahu yang dia datang Setapak jalan kaki (Dari train sri rampai, boleh tahan lah jauh)  -,- Fhuh! Terus kita gelabah, alamakkk, asal lah dia ni.. Kesian gila kot dekat dia :'/ Sebenarnya time jumpa tu dia tak berapa selesa sikit, sebab kita bawak AmyRuhana (Yelah, dia dengan Amy mana ngam -,-). So kita cakap cuba biasa kan diri, and dia cuba :D


Memula lepak lepak je dekat medan sri rampai, lepas tu saya dah kebulur sebab tak makan.. Saya ajak dia pergi foodcourt desa rejang nak melantak :D Sambil-2 tu bawak dia pusing dekat kawasan rumah kita yang berbelit belit tu -,- hehe! And kita tunjuk sekali mana satu rumah kita :]

Bila dah sampai foodcourt, Sekali makcik tu cakap makanan dekat kedai dia, pukul 6 baru ada -,- Kay agak frust disitu ...~ Terus hilang mood nak makan.. Kita order air je and duduk borak dengan MyBoo (Time ni Amy balik makan kejap) .. Time duduk borak dengan dia tu, ada satu perangai dia yang kita TakSuka+Suka, dia suka tenung muka kita.. MALU AR! (Tutup muka), lepas tu kita tolak muka dia :D HAHA! padan mukaaaaaaaaaa :P Lepastu, masa tengah berlawan dengan dia, macam mana ntah air yang kita pegang tu boleh tumpah (time ni Amy dah sampai) -,- dah lah baju putih, kotor terus baju kita -,- terus membebel suruh dia pi amek tisu.. Masa kita tengah basahkan tisu dekat sinki kan, kita tinggalkan MyBoo dengan AmyRuhana duduk berdua dekat meja, time tu kita nampak kannnnnn, MyBoo tenung je muka Amy :P HAHA! Kantoiiiii! Tapi kita diam je, sebab taknak bagi dia segan :P Lepas tu kita borak borak je dengan Amy, sebab MyBoo dah start diam -,- (Dia segan sebab Amy ada).. so kita ajak diorang pergi tasik sri rampai balik :]



Dah sampai tasik, cari port nak duduk.. Sekali nampak ada batu besar, YEAYY :D duduk lah sepasang couple di atas batu -,- Amy pulak duduk atas rumput, haha, sorry kawan :P (Masa ni MyBoo and Amy dah mula borak sikit sikit.)
Tengah-2 lepak tu, ada 3 orang budak dalam linkungan umur 5/6 tahun macam tu.. 2 Lelaki sorang Perempuan.. diorang tengah main, tetiba diorang gaduh, yang laki tu tolak perempuan tu masuk tasik..
 Ya Allah! Terkejut kita dekat situ -,- Kita jerit "AMY! Tolong budak tu!", tapi AmyRuhana buat bodoh je macam takda apa yang jadi -,- last last budak perempuan  tu bangun sendiri, lepas tu nangis-2, kesian, dah lah basah :( (Okay time ni kitorang dah gelak terbahak bahak dah, apa yang lawak ntah, patut nya kesian -,-) .. MyBoo pulak tak berenti gelak, dia kata budak laki tu tak gentleman langsung :D HEHE....

Lepas tu time kitorang tengah duduk relax, ada pulak perempuan pakai baju Superman, perempuan tu macam sebaya AmyRuhana lah.. Saya suruh lah MyBoo suitt suitt budak tu.. dan dia pun SUITTTT.. Tapi perempuan tu tak pandang pun -,- chis! Sekali perempuan tu datang dekat dengan kitorang, terus tonggeng dia punya "Pungkoq" depan kita and MyBoo -,- Konon-2 macam dia tengah nak tangkap ikan lah.. Wadehel? Tangkap ikan guna cawan plastik? Apakah?! Terus kita cakap kuat kuat, "Pe bende ntah tonggeng-2 bontot!".. yang Amy pulak jerit, "Cover sikit woi!".. HAHA! Gangster tu :P Tapi perempuan tu bukan amek kesah pun, dia tetap menonggeng nonggeng kan bontot nya sampai nampak spender -,- terus kita ajak MyBoo pusing ke belakang, hadap jalan raya.. Baru lah tak nampak kan? :] TAPI KITA SALAH..
Bila kita pusing ke belakang, perempuan tu pun ubah tempat, dia pun ikut pusing jugak..EEII! Kita rasa macam nak lempang je muka dia -,- last last buat tak tahu je ..~

Time duduk berdua dengan MyBoo (Time ni Amy dah balik, tapi dekat tasik tu ramai orang okay -,-), kita batuk, berdehem..keluar darah -,- (act dari 1st lepak lagi dah keluar darah, konon-2 taknak tunjuk dekat diorang, tu yang telan balik darah tu -,-) Fhuh! Automatik MyBoo gelabah puyuh, terus dia ajak pergi sinki.. and dah sampai sinki, kita batuk lagi.. keluar darah lagi :'/ Aduhh, serba salah gila kot tengok reaksi MyBoo yang tak biasa tu. memang serba salah sangat! Yelah, kita dah biasa, tapi orang lain tak biasa..~.. Dah jadi macam tu, terus kita suruh dia balik... Time nak tunggu bas tu, bas pulak tak muncul muncul,sampai nak maghrib -,- last last naik teksi je :D Heheh.. (Time tengah tunggu bas tu takboleh cerita, sebab ada kisah MyBoo gelabah tak tentu pasal :D and ada cerita yang terlalu sweet untuk di cerita :D HAHA!).. Bila dia dah naik teksi, cerita ini pun dah Tamat,,~


Akhir Kata - Time ni kita rasa macam-2 perasaan.. Sweet ada, Best ada, Sedih ada :') Complete!
And for you Boo, terima kasih untuk segala galanya.. InsyaAllah,  Saya akan ingat semua tentang kita sayang :*
Iloveyou Muhammad Abdullah ♥

Thursday, 8 March 2012

Rambut ♥

Assalammualaikum Stalker 


Blog , kita tadi tetiba menjerit-2 and tarik-2 rambut kita macam orang gila ... sebab apa tau ? sebab rambut kita je -,- sebenarnya kita rinduuuuuuuuuuuuuuuu rambut kita yang dulu :'/



kita ni jenis yang suka rambut panjang , rambut kita dulu paras pinggang , 2 tahun sekali je baru potong .. kita and mama memang dah set setiap 2 tahun sekali and sehari sebelum birthday kita , mesti kena potong rambut ! sebab taknak kita jadi macam pontianak -,-




masa nak potong tu pun rasa nak menangis je :'/ tapi sabaq je la kan , mama punya kehendak , turut je lah selagi boleh turut ... huuuuu ... yang jadi mereng kita ni , sebab asyik rindu je rambut lama , tadi dah macam orang ada sakit mental je , tarik-2 rambut depan cermin and cakap "cheq nak rambut cheq yang duluuuuuuuuuuuuuu !" .. pagi pagi dah jadi GILAAAAA ! kenapa lah dengan kita ni -,- tapi bila kita fikir balik , nak mengamok buat apa .. time rambut kita fesyen macamni lah kita pergi jumpa dengan MyBoo kan ? hehe xP lagi pun rambut kan boleh panjang , apatah lagi rambut kita ni memang senang gila nak panjang ...

selalunya MyBoo lah yang tenangkan perasaan kita kalau kita tengah meroyan pasal rambut ni *hehe kantoi lah :P* ... nanti mesti MyBoo cakap , "alah sayang , rambut sekarang pun dah ok , sayang potong rambut macam mana pun bie tetap suka dengan rambut sayang" (okay agak terharu disitu) ...HEHE ! terima kasih lah banyak-2 dekat MyBoo coz sudi tenangkan penyakit meroyan saya ni x)



Akhir Kata - Kita tetap bersyukur apa yang Allah dah kurniakan pada kita ^^
Melovesyou "Mr Jokey" ♥


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Wednesday, 7 March 2012

Mimpi Mimpi Mimpi ~

Assalammualaikum Stalker

Blog , kita rasa kita memang tak boleh tidur lah .. sebab apa tau ? sebab SETIAP HARI kita mimpi pasal MyBoo ._. kita pun tak tau kita kena penyakit apa , asal tidur je mesti ada muka dia dalam mimpi tu.. malam tadi pun kita mimpi dia jugak..nak tau macam mana kita mimpi ? okay meh kita cerita :*

malam tadi time kita tidur kan , kita mimpi kita tengah dukung adik lelaki dia yang comel tu x) kita dukung ke hulu ke hilir , mana kita pergi kita mesti dukung je adik dia tu .. and adik dia pun nampak mesra gitu dengan kita , hehe .. MyBoo kita pulak time tu tengah tidur dekat depan tv rumah kita .. nyenyak je dia tidur .. rasa nak usap-2 je kepala dia xP tapi tak boleh laa kan sebab ada papa tengah betulkan lampu dekat situ -,- lepas tu yang kita ingat dalam mimpi tu , MyBoo dah bangun , and dah nak balik sebab nak maghrib dah ...
TU JE x)
*sebenarnya ada mimpi lagi tau , mimpi kena kejar and kena gigit dengan Anjing -,- tapi malas laa nak cerita , ngeri gila ._.


Akhir Kata - hehe , ntah hape hape je mimpi mimpi kita kan ? tapi memang best sebab merasa la jugak dukung adik dia walaupun dalam mimpi xD hehe !
 Iloveyou Muhammad 


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Tuesday, 28 February 2012

Budak Comel ♥

Assalammualaikum Stalker





Heyy blog :'] lama tak bukak awak kan ? HEE'~
btw kita nak cerita pasal Budak Comel sorang ni , ala yang gambar dia dekat atas ni lerw ? dia bakal Adik Ipar kita lah xD haha ! berangan je tahu kita ni .. Dia adik MyBoo lah :] nama dia Luqman Hakim ..
kita geram gila kot dekat adik-2 dia , sebab semua comel and cantik belaka , fhuh !  serious tak tipu .. baru-2 ni MyBoo ada tag dekat kita satu gambar adik lelaki dia , then bila kita tengok je gambar tu , mata kita terus tak berkelip , sebab ? sebab adik dia lagi handsome+comel dari abang dia xP serious ! dalam hati kita terus kata "comel nye lahai budak ni :*"..  sebenarnya dia tag 2 gambar time tu , satu lagi gambar adik perempuan dia yang bongsu , lagi jambu kot muka adik dia yang bongsu tu :* cuma gambar tu blur sikit so malas lah masuk blog -,-

bercerita pasal si Luqman Hakim budak comel ni , dia ada satu fobia tau , fobia yang menjadikan ia satu point untuk MyBoo kita takut-2 kan si Luqman ni ... Luqman ni pantang sebut pasal SUNAT , nanti dia jadi takut then lari and cakap  "taknak la (dengan suara comel dia tu)".. HEHE !
comel je kan ? macam abanglong dia  *MyBoo kita laa siapa lagi* hehe xD kalau tengah gayut kan , MyBoo selalu laa mengusik dia .. contoh kalau masa kitorang tengah-2 cakap tu and then Luqman lalu , mesti MyBoo cakap "Luqmannnnnnnn , sunat nak ? potong Luqman punya *sensor*)" , haha , kita gelak-2 je dengan MyBoo , memang time tu kelakar gila xD
 tapi semua adik-2 dia memang comel-2 !  geram kita macam nak cium-2 je .. hewhew :p hope nanti bila kita nak keluar dengan MyBoo ,  dia bawak lah si Luqman yang Handsome+Comel ni , Amin .


Akhir Kata - And for you MyBoo , don't worry lah , bagi saya awak tetap yang tercomel terhandsome tau tau :* jangan jealous lagi tau ? jangan bantai si Luqman tu pulak tau xD 
AlwaysLovesYou Muhammad

Thursday, 23 February 2012

Sorry :'/

Assalammualaikum Stalker

Hurm...kita tetibe rasa Bersalah/Frust laa .. Sebab ? haihh , sebabnya macam ni .. tadi malam kita tertidur , then MyBoo call , time tu phone dekat anak buah kita yang umur setahun tu (Amani) .. then macam-2 laa Amani buat dengan phone kita tu , hantar mesej merapu dekat ExBoyfie kita laa , call orang sana sini -,- *Haiya , pandai betul anak aku ni* ... then time MyBoo call dia lah tukang angkat , tukang letak , and memacam lah .. bila kita bangun tidur je , tengok-2 ada misscall and text from MyBoo , text tu bunyinya macam ni "smpai hati sayang tak angkat, atleast mcg la bgtw nape x angkat, ni diam je.. Bie buat ape syg? :'/" .. Atoto ! sedih nye awak sayang ! kita bukan sengaja taknak angkat , kita tidur lah sayang :'] kesian awak kan ? dah laa jarang-2 je boleh cakap and text .. saya pulak pergi tidur , isk :'/ bersalahnya rasaaaaaaaaaaa !


Akhir Kata - awak ! saya mintak maaf ! awak tau je laa Amani tu macam mana kan ? takpe erk , nanti saya cubit dia sampai dia menangis tau :D awak maafkan saya tau tau ? :*
I love you Jokey


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Tuesday, 21 February 2012

Mimpi MyBoo ♥

Assalammualaikum Stalker

Semalam kan , kita mimpi pasal Boyfie kita laa :'] mimpi tu sweetttttt gilo ! tapi ending mimpi tu buat kita menangis .. huh . nak tau mimpi tu macam mana ? okay kita cerita erk .

Mimpi tu memula kita keluar dengan MyBoo , jalan-2 ,  pergi makan , tengok wayang , lalu karaoke *lalu je tau sebab tahu suara tak sedap , HAHA* , and memacam lagi lah , sebab kita tak ingat sangat pasal mimpi tu :D kayy pelupa -,- masa tengah makan tu , ada makcik kita tengah borak sama , and makcik cakap MyBoo comel ^^ agak bangga disitu .. huahua ! .. lepas tu tetibe MyBoo kiss pipi kita , kita terkejut and terus cakap " awak dah kenapa bie ?" , lepas tu dia jawap "bukan selalu kan sayang ^^" .. selamba kan dia ? padahal realiti dia ni dah laa pemalu :p hihi ..okay lepas dah jalan-2 tu semua kan , kita nak balik lah .. tengah-2 tunggu train , tetiba MyBoo penampar kita :'/ macam takda sebab tau ? lepas tu kita menangis lah..and terus terjaga ... haihh , sedar-2 je air mata dah meleleh dah dekat pipi .. huuu ! lepas kita mimpi tu kan , kita mengadu dekat dia tau malam tu..lepas tu dia kata "InsyaAllah semua yang sayang mimpi tu akan jadi kenyataan , kecuali part bie tampar sayang..tu takkan pernah jadi" .. hihi , terus kita senyum balik , ily lah bie :* (tapi part awak peluk saya tu , saya taknak terjadi , kalau jadi saya kick awak !) .. hihi , kita kalau dah mengadu dekat dia , memang automatik perangai kasar kita hilang and terus jadi manja .. tak tau lah , maybe sebab dia pun buat suara ala-2 menggedik gitu kottt ? :p ehehehe sorry sayang kita gurau je :*


Akhir Kata - tadi malam memang Feeling sangat-2 mengadu dekat awak .. macam-2 kan saya mengadu ? sakit kaki lah , mimpi menangis- lah , apa lah , itu lah .. hihi sorry tau kalau kita asyik membebel je ;) tapi memang awak betul-2 buat kita rasa bahagia je gayut dengan awak tadi malam .. ye lah bukan senang nak call and borak-2 dengan awak  , dapat cakap kejap pun jadi lah kan sayang ? Terima Kasih banyak-2 buat kita gelak dalam keadaan sakit-2 malam tadi .. saya hargai sangat-2 .. kayy nah hadiah Muahhh Muahh :*
Mealwaysloveyou Muhammad